Anda mampu memiliki apa yang anda impikan dengan lebih mudah...

 

ANDA SILAP !

Kerana Anda Bakal Memiliki Satu Ilmu Yang Mudah Untuk Dipraktikkan Bagaimana Anda Boleh Membina Pengaruh, Kredibiliti Serta Keyakinan Orang Lain Terhadap Anda Tanpa Perlu Menyampaikan Kata-Kata Yang Hebat...

Tidak kisah siapapun anda sudah pasti pada setiap hari anda akan berhadapan dengan manusia. Jika anda mahu mempengaruhi orang lain supaya menghormati anda, berasa senang berada dengan anda, mendengar setiap kata-kata anda serta mampu membaca dan meramal tindak tanduk serta fikiran orang lain terhadap anda, saya sarankan anda teruskan membaca surat ini. Ianya pasti berbaloi.

 

Kongsikan Laman Ini

 

Dari Meja: M. Faisal
Tarikh:
Per: Bagaimana Membaca Gerak Tubuh Manusia

 

Sahabat,

Tidak semua orang mampu menyampaikan kata-kata bagi mempengaruhi orang lain. Tambah-tambah jika anda orang biasa yang bukan pakar psikologi, pakar motivasi ataupun seorang ahli politik yang mahir menjana emosi orang lain untuk mempercayai, yakin serta terpengaruh dengan setiap kata-kata yang anda ucapkan. 

Adakah anda seorang,

  • Ibu atau bapa yang mahu anak-anak anda menghormati serta mendengar setiap didikan yang anda ingin sampaikan pada mereka
  • Pemimpin yang mengharapkan orang bawahan anda supaya menghormati anda dalam setiap arahan serta keputusan yang bakal anda berikan.
  • Usahawan yang ingin menjadikan diri serta perniagaan anda sebagai pilihan utama pelanggan
  • Jurujual yang disukai dan disenangi oleh prospek dan pelanggan
  • Warga masyarakat serta rakan yang disenangi, disukai dan disayangi oleh masyarakat sekeliling atau rakan-rakan rapat anda?

 

Jika anda salah seorang atau mungkin kesemuanya sekali saya ingin beritahu anda bahawa anda berada di laman yang betul.

Pernahkah anda mengalami satu situasi apabila anda melihat seseorang yang berpengaruh, anda akan nampak pengaruh, karisma, keyakinan serta keterampilan yang ada pada beliau.

Cara mereka bercakap, berdiri, berjalan serta cara mereka berhadapan dengan orang lain menampakkan ciri seorang pemimpin yang disenangi oleh orang lain.

Anda yang memerhatikan setiap tingkah lakunya mula memikirkan jika anda juga mampu menjadi seperti pemimpin tersebut lalu anda berkata "...siapalah aku untuk menjadi seperti beliau..."

Baik mari kita lihat pada situasi yang lebih praktikal.

 

Anda sebagai seorang ibubapa

Anda sebagai seorang ibubapa dan untuk mendidik anak-anak bukanlah satu kerja mudah tambahan di zaman moden ini anak-anak terdedah dengan pelbagai pengaruh dari pelbagai medium dan media.

Jika anak-anak anda masih kanak-kanak anda boleh mengawal setiap tindak tanduk mereka namun jika mereka meningkat remaja strategi mendidik harus diubah dan tidak boleh menggunakan cara yang sama sewaktu zaman kanak-kanak mereka.

Adakah anda betul-betul mengenali anak-anak anda dari segi sikap, perangai dan pemikiran mereka?

Untuk berjaya mendidik anak-anak anda perlu mengenali mereka dan dari situlah anda mampu mempengaruhi tindakan serta pemikiran mereka untuk menerima setiap didikan anda dan jika tidak kerana itulah kita sering melihat berlaku konflik antara anak-anak dan ibubapa kerana kurangnya pemahaman ibubapa untuk mengenali anak-anak mereka sendiri.

 

Anda sebagai seorang ketua

Sebagai seorang ketua yang mempunyai ramai orang bawahan dan katakan anda seorang pengurus atau seorang supervisor sudah tentu anda mempunyai masalah dengan orang bawahan anda di mana orang bawahan anda :

  • Tidak mahu menerima arahan melainkan anda mengugut untuk mengambil tindakan
  • Tidak menghormati anda sebagai seorang pemimpin mereka
  • Tidak mempunyai inisiatif sendiri untuk menyelesaikan setiap tugasan dengan sebaiknya
  • Bermusuhan dan bercakap tentang perkara yang tidak elok di belakang anda
  • Dan banyak perkara negatif yang wujud dikalangan orang bawahan anda...

 

Dalam situasi ini anda tidak boleh menyalahkan 100% orang bawahan anda kerana kekurangan anda dalam menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. Jadi anda perlu belajar cara yang lebih halus namun tajam dari segi pengaruh yang bakal anda terima.

 

Anda sebagai seorang usahawan, peniaga atau jurujual

Sebagai seorang usahawan atau peniaga atau yang mempunyai kaitan dengan jualan terus kepada pelanggan sudah pasti anda berhadapan dengan ramai prospek mahu pun pelanggan.

Sudah pasti juga ada yang menyukai anda dan ada yang tidak. Untuk memikat prospek atau pelanggan perkara pertama adalah mengenali mereka. Setiap dari mereka mempunyai peribadi serta emosi yang berlainan.

Jadi anda perlu tahu pada ketika mana dan apa yang perlu anda lakukan bagi melakukan usaha jualan dan pemasaran anda.

Mungkin anda rasa pelik bila satu demi satu pelanggan setia anda secara perlahan-lahan meninggalkan anda dan memilih orang lain untuk melakukan urusniaga. Puas anda fikir apa silap anda sehingga pelanggan-pelanggan tersebut lari.

Ya, walaupun anda mampu memiliki pelanggan-pelanggan baru namun 80% dari keuntungan perniagaan anda datangnya dari pelanggan setia lama anda. Ini berlaku mungkin ada beberapa tindak tanduk anda yang tidak anda sedari tidak disukai oleh pelanggan anda. Mungkin anda dilihat sebagai sombong, tidak menghargai mereka serta tidak memberikan perhatian kepada mereka.

Secara keseluruhannya pelanggan melanggan dengan anda bukan disebabkan oleh produk yang anda tawarkan tetapi keperibadian anda yang disenangi oleh mereka. Oleh itu anda perlu belajar bagaimana untuk mempengaruhi pelanggan dengan cara yang lebih baik.

Begitulah juga jika anda seorang kekasih, seorang warga masyarakat, seorang rakan, seorang orang bawahan serta siapa pun anda tidak boleh lari dari berhadapan dengan orang di sekeliling anda dan anda perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi mereka supaya anda menjadi seorang yang disenangi, dihormati, berkredibiliti, berpengaruh serta mempunyai berbagai ciri-ciri positif yang mampu anda tunjukkan kepada orang lain.

Jadi persolannya sekarang bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang disebutkan di atas dan mampu memiliki ciri-ciri positif tersebut???

Apa yang perlu anda dipelajari???

Hanya ada satu cara bagaimana boleh berkomunikasi dengan cara yang lebih berpengaruh tanpa perlu mengeluarkan kata-kata yang hebat iaitu BAHASA TUBUH BADAN atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil 'BODY LANGUAGE'.

Body Language atau Bahasa Tubuh merupakan suatu bentuk komunikasi bukan lisan yang kita lakukan dalam segala aspek kehidupan kita apabila berinteraksi dengan orang lain.

Ia merangkumi isyarat daripada badan seperti postur, pergerakan, ekspresi muka dan pergerakan mata.

Ia seperti cermin yang memperlihatkan kepada kita apa yang orang lain fikir dan rasa dalam memberi respon terhadap percakapan dan tindakan kita.

Secara umumnya, Body Language melibatkan pergerakan tubuh, tingkah laku dan lain-lain tanda fizikal badan.

Dari kajian yang dilakukan 70%-90% daripada mesej yang kita sampaikan kepada
seseorang dilakukan melalui Body Language atau Bahasa Tubuh ini. Manakala hanya 10% hingga 30% sahaja yang mesej disampaikan melalui bentuk komunikasi secara lisan.

 

Kebolehupayaan kita menggunakan Body Language secara positif dan membaca pemikiran seseorang melalui Body Language inilah yang telah membezakan seorang lelaki dewasa dengan seorang budak lelaki juga membezakan seorang wanita dewasa dengan gadis perempuan.

Ia boleh menjadi elemen komunikasi yang kuat dalam membangunkan personaliti kita. Kita boleh menjadi hebat dalam kerjaya, perniagaan atau perhubungan cinta dengan mempunyai pengetahuan dalam ilmu Body Language yang jarang diketahui umum ini. Inilah elemen komunikasi tanpa lisan yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi lebih berjaya.

Oleh sebab itu belajar dan kaji bagaimana anda boleh membaca dan menggunapakai seni komunikasi Body Language ini yang sentiasa ada di depan mata kita.

Walaupun sering di salah tafsir kerana ia hanyalah bahasa yang subjektif dan mungkin juga kerana kekurangan pengetahuan, namun ia merupakan bahasa rahsia yang hebat di dalam dunia ini.

 

Siapa saya dan bagaimana saya boleh membantu anda mendalami ilmu Rahsia Bahasa Tubuh ?

Nama saya M. Faisal. Terlalu tinggi jika nak gelarkan diri saya pakar bahasa tubuh.

Cukuplah untuk menyatakan saya seorang yang mempunyai minat tinggi terhadap bahasa tubuh. Saya mula memberi perhatian terhadap bahasa unik ini ketika mula terlibat dalam perniagaan 10 tahun dahulu. Banyak gerak tubuh manusia yang dapat dipelajari seterusnya digunakan dalam urusan jual beli bersama pelanggan.

Anda juga mampu memiliki serta mahir dengan ilmu bahasa tubuh ini. Saya telah pakejkan kesemua ilmu ini dalam buku berbentuk ebook yang bertajuk Rahsia Bahasa Tubuh.

Sebenarnya anda juga dengan mudah boleh mempelajari ilmu ini. Cuma selama ini anda tidak perasan bahawa ia berada di sekeliling anda. Oleh itu buku ini akan memperingatkan anda kembali apa yang mungkin anda pernah jumpa dan bersedia untuk apa yang anda bakal jumpa.

Ilmu adalah untuk semua. Anda yang mempelajarinya mungkin yang akan menjadi pakar. Apa yang penting ialah sejauh mana kita memanfaatkan ilmu untuk diri dan masyarakat.

 

Rahsia Bahasa Tubuh

Dalam Rahsia Bahasa Tubuh terdapat pakej 2 ebook yang bakal anda terima. Ebook ini mengandungi informasi serta ilmu lengkap tentang jenis-jenis bahasa tubuh yang perlu anda tahu.

Ebook 1: Rahsia Bahasa Tubuh 1

Dalam ebook ini anda bakal dikongsikan dengan asas bahasa tubuh dan antara perkara utama yang bakal anda perolehi adalah :

  • Terdapat 15 jenis bahasa tubuh yang bakal dan perlu anda tahu. Dengan mengetahuinya anda bakal memiliki ilmu yang membuatkan anda mampu membaca makna yang tersirat dalam setiap pergerakan manusia.
  • Bagaimana anda bakal menyelamatkan diri apabila berhadapan dengan penyerang yang ingin melakukan serangan fizikal terhadap anda.
  • Bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang baik dan bagaimana anda boleh membuatkan orang mendengar dengan baik atas setiap kata-kata anda. Dengan cara ini bukan sahaja anda boleh menumpukan perhatian malah bagaimana orang lain juga boleh menumpukan perhatian terhadap anda.
  • Bagaimana anda boleh mengetahui bahawa seseorang itu mungkin sudah bosan mendengar kata-kata anda. Dengan cara ini anda mampu memberhentikan percakapan anda atau mengubah topik percakapan anda.
  • Anda bakal mengetahui seseorang itu berbohong atau tidak melalui pergerakan mata, kepala, leher, tangan dan sebagainya. Anda bakal memiliki ilmu ampuh yang digunapakai oleh polis, peguam serta penguatkuasa undang-undang apabila mereka melakukan soal siasat suspek.
  • Bagaimana seorang ibubapa mampu mengetahui anak-anaknya berbohong, marah, kecewa atau menyimpan sesuatu rahsia dari anda. Dengan cara ini anda mampu mengawal keadaan dengan lebih baik.
  • Bagaimana anda mampu mengawal diri anda dan menjadikannya nampak lebih tenang dan tidak menunujukkan emosi sebenar anda bila anda berhadapan dengan keadaan atau suasana yang beremosi. Dengan cara ini jika anda merupakan seorang pemimpin anda mampu mengawal orang-orang bawahan anda yang sedang anda pimpin.
  • Bagaimana anda mampu menunjukkan kuasa dengan hanya ____________ tangan anda semasa anda ____________ anda tanpa perlu berkata satu patah perkataan pun. Dengan cara ini orang yang berhadapan dengan anda bakal menghormati setiap kata-kata yang bakal anda keluarkan dari mulut anda.
  • Bagaimana anda mampu dilihat sebagai seorang yang romatik oleh pasangan anda tanpa perlu mengucapkan kata-kata cinta berbunga padanya. Cukuplah hanya dengan gerakan badan anda sahaja akan menceritakan perasaan sayang anda padanya.

Dan banyak lagi yang bakal anda perolehi melalui ebook hebat ini.

 

Ebook 2: Rahsia Bahasa Tubuh 2

Ebook kedua ini pula merupakan kesinambungan kepada ebook pertama. Dengan lebih terperinci ebook ini menerangkan pada anda bagaimana untuk menggunakan 15 jenis bahasa tubuh badan yang telah anda pelajari dari Ebook #1 ke beberapa situasi yang bakal anda tempohi.

Berikut adalah beberapa perkara utama yang bakal anda perolehi dari Ebook 2:

  • Anda bakal mengetahui bagaimana dan kenapa anda perlu membaca gerakan badan seseorang
  • Jika anda merupakan seorang yang berhadapan dengan audien anda seperti pengajar, pensyarah, penceramah mahupun penyanyi anda bakal mengetahui bagaimana untuk menimbulkan rasa minat mereka terhadap apa yang bakal anda perkatakan atau persembahkan. Dengan ini anda juga akan dilihat sebagai seorang yang menarik dan berkredibiliti.
  • Anda juga bakal mengetahui secara terperinci bagaimana untuk mengesan jika seseorang itu berbohong dengan anda atau tidak. Dengan cara ini anda mampu untuk menyusun strategi sehingga orang yang dihadapan itu mengaku yang ia berbohong pada anda.
  • Dalam ebook ini juga akan memastikan anda memperolehi beberapa petunjuk atau tanda jika seseorang itu bersikap,
    terbuka atau tidak
    sedang memikirkan sesuatu yang lain walaupun sedang berhadapan dengan anda
    kecewa terhadap sesuatu perkara atau keadaan
    untuk melakukan tindakan melulu atau tidak
    menyembunyikan sesuatu dari anda atau tidak
    bosan dengan anda atau tidak
    gembira atau teruja
    yakin atau tidak dengan anda
    marah atau menentang walaupun mereka cuba untuk tidak menunjukkannya
    curiga atau kurang yakin dengan anda
    Dan banyak lagi petunjuk yang bakal anda perolehi
  • Dengan menggunakan teknik ____________ anda mampu membuatkan seseorang itu rasa tenang, selesa serta sesuai apabila bersama-sama dengan anda. Jika anda seorang penasihat anda akan sentiasa dihubungi untuk menjadi penasihat mereka, jika anda seorang rakan maka anda merupakan rakan yang mampu menyelesaikan setiap masalah rakan anda dan jika anda seorang peniaga maka anda mampu membina hubungan rapat dengan pelanggan anda. Tidak kisah siapa anda anda bakal menjadi pilihan mereka.
  • Bagi anda yang sering melakukan urusan perundingan, anda bakal mengetahui bagaimana dengan hanya melakukan beberapa gerakan tubuh badan anda ianya mampu menunjukkan anda seorang yang yakin dan mampu mempengaruhi orang lain dalam setiap rundingan yang anda lakukan.
  • Jika anda seorang yang terlibat dalam bidang jualan terus kepada pelanggan anda bakal mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk menyampaikan mesej jualan anda dan bagaimana untuk menjana emosi prospek anda untuk menerima mesej jualan anda tersebut
  • Kepada anda yang sedang bersedia untuk menghadiri temuduga terutama temuduga kerja melalui ebook ini anda bakal memperolehi bagaimana penemuduga akan melihat anda seorang yang yakin, benar-benar mahukan jawatan yang ditawarkan, berkebolehan, berkredibiliti dan yang paling penting seorang yang benar-benar sesuai untuk memenuhi jawatan kosong tersebut.
  • Dalam sesebuah mesyuarat sumbangan idea serta keterampilan adalah sangat penting. Oleh itu jika anda merupakan seorang yang sering menghadiri mesyuarat anda bakal mengetahui bagaimana setiap ahli mesyuarat akan memberikan perhatian terhadap setiap idea yang anda berikan dan bagaimana mereka boleh menghargainya dan bagaimana anda boleh menonjol dalam setiap mesyuarat yang diadakan.
  • Satu ilmu yang menjadi rebutan iaitu bagaimana untuk memikat bakal pasangan anda. Saya harap selepas anda memperolehi ilmu ini anda tidak menyalahgunakan ia kerana saya tidak mahu bertanggungjawab jika anda menggunakan ilmu ini untuk menjadi seorang 'PLAYBOY'. Gunakannya untuk kebaikan diri dan orang lain.

Dan banyak lagi yang bakal dikongsikan dalam ebook ini.

 

Anda tahu bahawa pentingnya anda memiliki kemampuan untuk mempengaruhi orang lain supaya anda menjadi seorang yang berkeyakinan, berkredibiliti, dihormati serta disenangi namun masalahnya anda bukan seorang yang hebat berkata-kata...

Oleh itu apa yang bakal anda perolehi dari ebook ini adalah bagaimana anda mampu mempengaruhi orang lain dan memiliki ciri-ciri positif hanya melalui Bahasa Tubuh Badan anda sahaja.

 

 

Anda Jangan Terkejut...

Anda harus bersedia dan jangan terkejut selepas anda mempelajari ilmu Rahsia Bahasa Tubuh ini anda akan mendapati satu perubahan pada diri anda. Anda akan mula berhati-hati dengan setiap gerakan badan anda dan anda akan lebih mengenali diri anda sendiri.

Anda akan mula memerhati setiap gerakan tubuh orang lain dan anda akan mula mengenali setiap seorang yang berhadapan dengan anda.

Apabila anda memiliki kemahiran ini maka terpulang pada anda,  bagaimana anda boleh mengambil tindakan positif terhadap orang yang berhadapan dengan anda.

Anda akan menjadi seorang ibubapa atau pemimpin yang berpengaruh dan dihormati, seorang kekasih yang amat disayangi, seorang usahawan yang bakal dipilih pelanggan serta seorang rakan yang sangat-sangat disenangi oleh rakan anda yang lain.

 

 

Untuk setiap pembelian eBook Rahsia Bahasa Tubuh, anda juga akan menerima eBook Kuasa Minda - Rahsia Sebenar Untuk Berjaya, ebook yang ditulis oleh seorang Pakar Perniagaan Internet, Ammar Zahar yang mengubah kehidupannya dari zero satu ketika dulu dengan cara mengawal mindanya. Kini anda juga boleh mempelajari teknik mengawal minda anda ke arah kejayaan.

 

Tidakkah Ini Berbaloi ?

Jadi anda telah lihat sebahagian dari apa yang bakal anda perolehi dari ebook ini. Anda boleh jawab sendiri samada ebook ini memberikan sesuatu yang bermakna buat anda. Untuk menjadi seorang yang boleh membaca setiap gerak orang lain tidak perlu menjadi seorang yang pakar.

Anda tidak perlu melakukan kajian terperinci terhadap emosi dan tindak tanduk manusia. Memadailah dengan mengetahui apa yang terkandung dalam ebook ini.

Baiklah untuk menjadikan ebook ini benar-benar berbaloi buat anda hanya perlu melaburkan sebanyak RM45.00 sahaja yang mana merupakan satu pelaburan jangka pendek yang mampu memberikan keuntungan jangka panjang seumur hidup anda.

Dengan ilmu bahasa tubuh yang bakal anda miliki, anda mampu memperolehi apa yang anda impikan tanpa mengeluarkan satu sen pun wang anda kerana bahasa tubuh tidak perlu dibayar untuk melakukannya. Jadi anda boleh mempraktikkannya selagi hayat dikandung badan.

 

JAMINAN PENGEMBALIAN WANG...

Saya akan tambah nilai berbaloi tersebut dengan satu jaminan. Jadi saya memberi JAMINAN TANPA RISIKO buat anda tanpa menaikkan nilai pelaburan anda:

Dalam masa 12 bulan selepas anda memiliki ebook ini dan anda rasa anda mahu wang anda semula disebabkan tiada satu pun teknik yang dikongsikan itu berkesan maka anda hanya perlu hubungi saya dan saya akan pulangkan kesemua wang pelaburan anda dengan tanpa banyak soal.

Ya, tanpa banyak soal. Inilah jaminan saya!

 

Tunggu apa lagi? Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda memiliki ebook ini dan lagi cepat anda boleh mempraktikkan ilmu bahasa tubuh ini. Jadi bertindak dengan memiliki ebook ini sekarang.

 

Tiada Siapa Yang Akan Rugi Melainkan Anda Sendiri Jika Anda Bertangguh Lagi...

"...nanti dululah... minggu depan saya akan dapatkan ebook ini..." Ya anda boleh berfikiran sedemikian namun kerugian akan berpihak pada anda.

Kenapa saya berkata demikian??? Ini kerana tanpa ilmu bahasa tubuh, anda bakal melakukan kesilapan yang sama lagi dan lagi di mana anda tidak sedar yang anda melakukannya. Bahasa tubuh tidak dapat didengar tetapi dilihat dengan mata kasar.

Setiap apa yang anda lakukan akan dilihat oleh orang disekeliling anda dan bagaimana anda boleh membaca gerak orang lain tanpa mengetahui bahasa tubuh itu sendiri.

Jadi terpulanglah pada diri anda dan saya hanya boleh membantu anda dengan memberi panduan serta kata-kata semangat dan selebihnya adalah tindakan yang perlu anda ambil tanpa perlu membazirkan masa serta peluang yang ada.

Oleh itu bertindak segera dengan memiliki ebook hebat ini sekarang juga. Setapak anda bertangguh maka anda akan ketinggalan 100 tapak ke belakang. Bertindak sekarang!

Untuk segera memiliki pakej ebook 'Rahsia Bahasa Tubuh' apa yang perlu anda lakukan adalah dengan melaburkan wang anda sebanyak RM45.00 sahaja sekarang.

 

Ikhlas dari saya,


Pengkaji Bahasa Tubuh

P/S: Ebook ini bukan ebook motivasi tetapi sebuah ebook panduan mudah untuk memahami dan memiliki ilmu serta kemahiran membaca setiap gerak tubuh manusia bagi mencapai apa yang anda idamkan.

P/P/S: Pada zaman sekarang yang serba moden ini, manusia banyak menumpukan kepada komputer dan gadget. Eloklah kita berusaha menambah ilmu pengetahuan tentang manusia untuk memberikan nilai tambah kepada diri kita untuk memudahkan kita mengharungi hidup yang penuh mencabar ini.

Kongsikan Laman Ini